Monday, 27 May 2013
Mengekalkan Warna Rambut
Ramai wanita hari ini, khususnya wanita Asia begitu ghairah menukar
warna rambut. Biarpun ghairah mencuba pelbagai warna, anda perlu sedar yang
prosesnya bukan terhenti setakat itu sahaja. Ia perlu dijaga berterusan agar
kilau dan warna yang anda mahukan kekal dan tahan lebih lama.
Anda baru mewarna rambut kira-kira dua minggu yang lepas. Malangnya,
pagi ini anda dapati warna itu seakan pudar dan warna rambut asal juga kembali
terserlah. Tak perlulah anda mengulangi proses mewarna itu sekali lagi.
Tambahan pula, proses mewarna yang kerap akan merosakkan tekstur dan kesihatan
rambut semulajadi anda. Apa yang boleh anda lakukan ialah menggunakan produk
penyerlah atau ‘colour lock’ untuk mengurangkan kesan luntur. Selain itu, anda
boleh menggunakan pewarna berasaskan tumbuh-tumbuhan, khususnya inai. Ia mampu
menyerlahkan kembali rambut yang sudah diwarnakan.
Tip yang perlu dipatuhi :
Kalau anda mahu rambut anda yang sudah diwarnakan itu kekal cantik,
ikutilah sedikit tip di bawah:
1) Cuci rambut dengan air mineral terlebih dahulu sebelum berenang di
kolam renang. Ia mencairkan sedikit bahan kimia dalam tindakbalas klorin di
dalam air itu. Untuk lebih baik, pakailah ‘swimming cap’.
2) Ketika ingin keluar rumah, khususnya pada waktu cuaca yang sangat
terik, jangan lupa memberikan perlindungan kepada rambut. Lindungilah rambut
dengan selendang, pakai topi mahupun payung. Jangan biarkan cahaya matahari
menembus terus kepada kulit kepala anda. Cahaya matahari yang terik mampu
memudarkan dan mengurangkan kecantikan rambut. Selain itu, anda juga boleh
menggunakan produk rambut yang mempunyai rumusan perlindungan terhadap sinar
UV.
3) Selesai mencuci rambut, jangan bungkus kepala anda dengan kain
tuala. Tekanan dan simpulan ketat yang dibuat boleh merosakkan rambut.
Sebaiknya biarkan ia kering dan lap sedikit demi sedikit dengan tuala lembut.
4) perlu diingat, bukan semua tip yang anda ketahui boleh membantu.
Antara perkara yang perlu anda elakkan ialah jangan menggunakan produk pencerah
mahupun menyapukan jus lemon pada rambut. Tindakan ini bukan untuk mencantikkan
warna rambut anda sebaliknya hanya menjadikannya lebih bertompok-tompok.
Tip mewarna rambut hitam pekat
Rambut yang hitam berkilat agak sukar untuk diwarnakan. Sebaiknya, anda
perlu melakukan proses ‘bleaching’ iaitu melunturkan warnanya terlebih dahulu
sebelum anda mengaplikasikan warna yang lain. Namun, bagi yang enggan
melunturkan warna rambut sendiri, berikut adalah nasihat yang boleh anda ikuti:
1) Pilihlah pewarna yang mempunyai warna satu atau dua kali lebih cerah
daripada warna asal rambut anda. Warna ini seakan-akan sama ketika rambut anda
dibias cahaya matahari.
2) Jika ingin mewarnakannya sendiri di rumah, anda boleh menyapukan
‘highlight’ pada sejalur rambut dan jarakkan 1 ½ inci daripada uraian rambut
yang lain. Lebih hampir jaraknya, lebih semulajadi hasilnya. Selain itu, ia
juga akan tampak lebih mempersonakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































