Cili
Thursday, 23 May 2013
Jenis Bentuk Tubuh
Cili
Individu yang memiliki jenis bentuk tubuh sebegini mempunyai lekuk
tubuh yang setara dan sukar dikesan di manakah letaknya lemak berlebihan
tersebut. Saiz punggung, pinggang dan bahu juga hampir sama. Bagaimanapun,
kebiasaannya bagi individu dengan bentuk sebegini lebih mudah mengumpul lemak
di bahagian tengah badan iaitu sekitar abdomen dan perut. Inilah alasan mengapa
adakaalnya tubuh anda kurus tetapi anda masih terdedah pada risiko ‘buncit’. Ia
secara tidak langsung bakal meningkatkan risiko diserang penyakit jantung dan
diabetes.
Pir
Ini adalah bentuk tubuh paling biasa yang dimiliki wanita Asia.
Individu yang berbentuk pir ini cenderung untuk memiliki bahagian tubuh atas
yang kecil manakala bahagian bawah tubuh yang besar. Ini kerana lemak mudah
terkumpul di bahagian pinggul, punggung dan paha. Cabaran paling hebat bagi
anda yang bertubuh pir adalah untuk kurus!
Apabila anda mula berdiet, lemak akan mudah dibakar pada bahagian perut
tetapi sangat sukar dibakar pada bahagian pinggul, paha dan punggung. Lemak di
bahagian ini lebih dikenali sebagai ‘lemak pasif’ iaitu lemak degil yang mudah
terkumpul khususnya bagi anda yang sering seharian duduk di pejabat menghadap
komputer. Bagi wanita, lemak di bahagian ini ibarat mendapat ‘arahan’ untuk
kekal sehingga diperlukan sebgai tenaga tambahan saat melahirkan dan sepanjang
tempoh menyusu bayi kelak. Lemak terkumpul ini akan mengakibatkan wujudnya
selulit. Selulit akan menyukarkan lagi aliran darah untuk sampai ke tempat
terkumpulnya lemak terbabit. Apabila darah gagal sampai ke bahagian lemak
tersebut maka lemak akan sukar diurai dan disingkirkan melalui proses
semulajadi tubuh.
Bagaimanapun, terdapat kajian yang membuktikan bahawa tubuh individu
yang berbentuk pir ini sering bernasib baik dalam soal kesihatan. Lemak pasif
dikatakan membantu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan diabetes.
Kajian dari beberapa saintis di Amerika juga mendapati bahawa lemak pasif ini
dapat membantu mengurangkan rintangan insulin di samping mempertingkatkan tahap
kolesterol HDL yang baik. Punca yang nyata kepada keadaan ini masih dalam
kajian terperinci.
Epal
Bentuk tubuh jenis epal ini lebih cenderung mengumpul lemak di bahagian
abdomen dan sekitar perut tetapi memiliki bahaian bawah tubuh yang kecil. Namun
anda masih bernasib baik kerana anda lebih mudah untuk menghilangkan lemak yang
berlebihan itu berbanding individu berbentuk buah pir. Ini kerana lemak yang
terkumpul di bahagian abdomen lebih mudah diurai dan dibakar sebagai tenaga
berbanding lemak di bahagian paha dan punggung. Bagaimanapun, lemak berlebihan
di bahagian abdomen akan meningkatkan risiko anda diserang penyakit jantung,
diabetes dan kanser payudara. Ini kerana toksik lemak atau juga kenali sebagai
‘visceral’ akan mengelilingi organ di bahagian tengah iaitu buah pinggang,
pancreas dan hati. Ia menjadi punca peningkatan tahap gula dalam darah dan pada
masa yang sama membawa kesan rintangan insulin dan inflamasi. Dalam erti kata
yang lain, kandungan gula dalam darah anda berlebihan dan akan terapung tanpa
dicerna di dalam salur darah. Inilah di antara punca bertambahnya berat badan
dan mudah mendapat penyakit kronik di usia muda. Jadi, berhati-hatilah. Jangan
biarkan ukur lilit pinggang anda melebihi saiz 38! Pengurangan 2 cm adalah
langkat terbaik yang wajar anda lakukan segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































