Di zaman serba moden dan teknologi ini, maklumat begitu mudah didapati. Jika dahulu, kita bergantung pada maklumat yang disampaikan pelbagai seperti majalah, buku, TV dan radio. Kini kemudahan internet memberikan kita sumber maklumat lebih banyak dan luas. Berikut merupakan beberapa isu yang sering menjadi kekeliruan di kalangan orang ramai. Mana satu yang benar/fakta, mana satu hanyalah mitos? Mari kita semak dahulu.
Thursday, 23 May 2013
Mitos atau Fakta
Di zaman serba moden dan teknologi ini, maklumat begitu mudah didapati. Jika dahulu, kita bergantung pada maklumat yang disampaikan pelbagai seperti majalah, buku, TV dan radio. Kini kemudahan internet memberikan kita sumber maklumat lebih banyak dan luas. Berikut merupakan beberapa isu yang sering menjadi kekeliruan di kalangan orang ramai. Mana satu yang benar/fakta, mana satu hanyalah mitos? Mari kita semak dahulu.
MITOS : Minum air lapan gelas sehari mencegah dehidrasi
FAKTA SALAH – Menurut W. Larry Kenny, seorang professor fisiologi dan
kinesiology dari Pennsylvania State University, amsih belum terdapat kajian
ilmiah yang menentukan berapa banyak air yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Memang tidak dinafikan tubuh manusia memerlukan banyak air, tetapi keperluan
tersebut banyak bergantung pada faktor seperti berat badan, pola pola
pemakanan, aktiviti dan perpeluhan. Bila anda mengalami gejala seperti sakit
kepala yang berulang, badan akan terasa lemah dan mual. Hal ini berkemungkinan
disebabkan oleh tubuh kekurangan cecair. Biasanya, sepanjang melakukan
aktiviti, kadar cairan di dalam tubuh akan berkurangan. Disebabkan itu, anda
disyorkan agar minum secukupnya setiap kali anda selesai melakukan aktiviti.
MITOS : Kulit kering lebih cepat kerepot
FAAKTA BENAR – Akibat memiliki kadar air yang rendah, kulit menjadi
lebih kering. Kulit yang kering lebih mudah mengalami proses penuaan jika
dibandingkan dengan jenis kulit yang lain. Ini kerana teksturnya yang kering
sehingga membutakan garis-garis halus pada permukaan kulit kelihatan lebih
jelas. Selain itu, menurut professor dermatologi klinik dari Universiti
California, Richard G. Glogau, gerakan yang terjadi berulang-ulang pada otot
wajah seperti mengerutkan dahi, tersenyum, mengangkat alis dan sebagainya juga
menjadi penyebab timbulnya kerutan pada kulit wajah. Begitu juga dengan
pendedahan kepada cahaya matahari, terutamanya sinar ultraviolet. Langkah
terbaik mencegah kerut pada wajah adalah dengan mengoleskan pelembap serta
‘sunblock’ SPF 30 atau lebih yang berfungsi untuk menahan daripada sinaran
matahari.
MITOS : Risiko tinggi cedera bila sukar menyentuh jari-jari kecil
FAKTA BENAR – Otot-otot yang kaku memiliki pergerakan terbatas dan
boleh menyebabkan rawan cedera atau mengalami sakit-sakit setiap kali melakukan
gerakan-gerakan yang aktif seperti berolahraga, melompat dan mengangkat beban.
Menurut Stephen Rice dari Jersey Shore Universit y Medical Center, untuk
mengurangkan risiko cedera amalkan aktiviti regangan. Aktiviti ini membantu
meregangkan otot-otot menjadi lebih lentur dan memudahkan pergerakan. Selain
itu, aktiviti seperti yoga atau ‘pilates’ yang dilakukan sekali seminggu dapat
meninggalkan fleksibiliti tubuh. Latihan seperti ini mudah dilakukan di
mana-mana dan bila masa sahaja.
MITOS : Risiko osteoporosis semakin tinggi pada orang yang bertubuh
kurus.
FAKTA BENAR – Mereka yang mempunyai berat abdan di bawah paras normal,
ataupun mereka yang memiliki BMI kurang daripada 19, mempunyai tulang yang
kurang padat. Keadaan ini meningkatkan risiko mudah mengalami patah tulang.
Felicia Cosman, pengarah klinik National Osteoporosis Foundation, berkata kadar
lemak yang minimum di dalam tubuh menyebabkan kadar hormon estrogen juga
menjadi rendah. Akibatnya, proses obsteoblas (pembentukan tulang) yang
berfungsi membentuk tulang baru menjadi lambat. Sebaliknya, fungsi osteoklas
(kerosakan tulang) pula semakin meningkat.
MITOS : Penggunaan putik kapas merosakkan gegendang
FAKTA BENAR – Julie Wei, pakar THT dari University of Kansas Medical
Center berkata, perlakuan membersihkan telinga menggunakan putik kapas akan
mendorong kotoran untuk semakin masuk ke dalam. Selain itu, ramai orang
menyangka cairan seperti minyak berwarna kekuningan di dalam telinga sebagai
kotoran dan ia perlu dibersihkan. Sebenarnya, cairan tersebut merupakan serumen
dan ia berfungsi untuk memerangkap kotoran dan debu daripada masuk lebih jauh
ke dalam telinga. Kotoran ini, apabila ia mengeras akan menyebabkan pendengaran
seeseorang menjadi berkurangan. Penggunaan ubat titis telinga dapat membantu
untuk melembutkan semula kotoran dan seterusnya memudahkan proses membersihkan
telinga. Pastikan anda menggunakan putik kapas hanya untuk membersihkan telinga
di bahagian luar. Jangan mengorek terlalu dalam ketika membersihkan telinga.
MITOS : Menyusu badan dapat mengurangkan risiko kanser payudara
FAKTA BENAR – Melalui sebuah kajian di University of Southern
California, Dr. Giske Ursin menyatakan bahawa menyusu badan sebenarnya dapat
mengurangkan risiko diserang kanser payudara pada wanita berumur 25 tahun ke
atas. Risiko menurun sebanyak 4.3 % jika wanita tersebut menyusukan bayinya
selama satu tahun. Hasil kajian yang diumumkan pada pertemuan tahunan American
Association of Cancer Research di Los Angeles ini juga mengatakan bahawa
menyusukan bayi dapat memeberikan perlindungan daripada tumor yang positif
mahupun negative terhadap reseptor estrogen dan progesterone. Hormon estrogen berperanan
untuk menstimulasi pertumbuhan sel kanser payudara. Oleh itu, dengan menyusukan
sendiri bayi anda, risiko untuk terkena kanser payudara menurun kerana ketika
menyusukan bayi, jumlah hormon estrogen menurun dan digantikan dengan prolaktin
yang berfungsi memproduksikan ASI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































