Thursday, 23 May 2013
Kawal Selera Makan Anda
Kurangkan
pengambilan gula. Ini kerana, gula akan menyebabkan rekasi insulin dan
seterusnya merendahkan kandungan gula di dalam darah. Keadaan ini akan
membuatkan anda mudah berasa lapar dan menyebabkan anda mahu makan dengan lebih
banyak lagi.
Masih berkaitan dengan gula, jika anda terasa untuk mengunyah
makanan, pilih makanan yang tidak mempunyai gula atau jika tiada pilihan lain,
anda boleh mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang rendah.
Makanan yang tidak bergula seperti sayur, keju, daging atau pilihan lain yang
rendah karbohidrat sesuai menjadi pilihan anda.
Buat senarai makan. Mulakan dengan membuat senarai beberapa jenis
makanan sihat yang rendah lemak atau tanpa lemak. Senaraikan juga beberapa
jenis makanan yang rendah kolesterol. Apabila perut anda lapar dan mulai ingin
mengunyah, makanlah apa-apa yang sudah anda tulis atau senaraikan sahaja.
Senarai panduan ini akan membantu anda membuat keputusan yang bagus apabila
perut anda mula berbunyi.
Kuat semangat. Jika anda masih gagal menurunkan berat badan
setelah lama berusaha, jangan panic. Cuba timbang berat badan anda. Jika ia
masih di tahap yang sama seperti sebelum ini, anda sebenarnya sudah Berjaya
untuk tidak menambahkan berat badan. Pandanglah ia sebagai sesuatu yang
positif.
Makan di meja makan sahaja. Jika anda mahu mengawal selera makan
anda, jadikan aktiviti makan di meja makan sabagai tabiat anda. Jangan makan
ketika mengadap televisyen atau sambil membaca kerana anda berkemungkinan makan
melebihi dari yang sepatutnya. Beri tumpuan kepada makanan yang terhidang di
dalam pinggan anda.
Sayur pengganti snek. Potong sayur-sayuran kepada saiz kecil dan
makanlah semasa anda sedang menyediakan makan malam. Ini sebenarnya bertujuan
untuk mengelakkan anda mengunyah makanan lain yang mungkin berlemak,
mengandungi kadar gula yang tinggi dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































