Monday, 13 May 2013

Kenali Makanan Rendah Lemak dan Kalori

0 comments


Makan sememangnya merupakan perkara yang cukup mudah dilakukan. Justeru, tidak hairanlah andai ada yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan seterusnya menjadikan makan sebagai satu hobi yang membahagiakan. Namun, tahukah anda pemilihan makanan dan penyediaannya yang tepat adalah penting dalam memastikan naik atau turunnya berat badan kita.

Pun begitu, hakikatnya kita harus membuang jauh anggapan bahawa semua jenis makanan boleh mendatangkan timbunan lemak dalam badan. Jika ini yang ditanamkan dalam minda, anda berpotensi berhadapan dengan masalah aneroksia.

Anda ingin tahu apakah antara makanan yang boleh diambil tanpa membahayakan program diet anda? Amalkan lima jenis makanan yang mengandungi paling rendah lemak  dan kalori (untuk setiap 100gm makanan) berikut menurut sumber daripada nutritiondata.com:

5 makanan rendah lemak;

1- Telur rebus (bahagian putih) = 0gm
2- Jus limau segar = 0 gm
3- Salad (sayur-sayuran) = 0 gm
4- Susu cair (tanpa lemak) = 0 – 2 gm
5- Kopi tanpa gula = 0 gm

5 makanan rendah kalori

1- Diet root beer = 0 kalori
2- Bijirin oat tanpa gula = 43 kalori
3- Susu soya tanpa lemak = 27 kalori
4- Tauhu rebus = 37 kalori
5- Sup ayam = 4 kalori

Leave a Reply

Labels