Monday, 13 May 2013

Tahukah Anda....

0 comments



Jika anda terjaga di tengah malam dan tidak boleh tidur semula dalam masa 30 minit, bangun dan buat sesuatu. Susu panas membantu tidur yang lebih lena.

Menurut American Podiatric Medicine Association, kasut bertumit setinggi 5 cm atau lebih akan menyebabkan sakit punggung dan lutut.

Berendam dalam air yang ditaburi garam mandi pada waktu pagi selepas bangun tidur merupakan cara mudah bagi menyembuhkan penyakit dan malnutrisi.

Tekanan membuatkan kiwa tidak tenteram dan kesihatan terganggu. Kawal tekanan dengan melakukan meditasi, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Ketawa adalah ubat stress paling berkesan. Ketika ketawa, tubuh akan melepaskan hormone endorfin yang menyebabkan rasa gembira.

Tidur yang cukup bukan sahaja dapat menghilang tekanan tetapi masa tidur yang berkualiti setiap hari boleh membantu mengurangkan berat badan.

Sentiasa cuci tangan anda untuk memastikan ia bersih daripada bacteria. Tangan yang kotor mudah menyebarkan bacteria pada bahagian kulit wajah.

Dengan menarik nafas dalam-dalam, anda dapat menarik banyak oksigen ke dalam darah. Ia mengubati ketegangan dan mempertajamkan keupayaan otak.

Hidup yang penuh tekanan akan merosakkan tubuh dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti serangan jantung, strok, asma dan darah tinggi.

Berjalan yang terlalu banyak selepas makan aka mengakibatkan sistem percernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang dimakan.

Fikiran sihat menghasilkan badan yang sihat. Amalkan sikap positif atau optimistic dalam kehidupan untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

Amalkan posisi yang betul. Jika duduk hendaklah tegak, punggung lurus dan bahu tegak. Elak posisi menyandar kerana tubuh akan mudah kepenatan.

Urutan mampu menghilangkan stress dan penat. Tekanan yang dibuat ketika mengurut di titik-titik tertentu otot membantu melancarkan peredaran darah.

Elak berlari di atas pasir pantai yang kasar jika anda dalam proses pemulihan otot kaki dan tulang belakang kerana ia hanya menambahkan kesakitan.

Kurang tidur mewujudkan lingkaran gelap bawah mata serta melesukan tubuh. Kurang tidur juga mengakibatkan sistem ketahanan tubuh menurun 10 peratus.

Leave a Reply

Labels