Thursday, 30 May 2013
Lari ke Cannes
Lari ke Cannes
Filem terbaru arahan Ahmad Idham, "Lari" telah turut terpilih untuk tayangan di anugerah Marche du Film bersempena Festival Filem Cannes ke-66 di Perancis.
"Lari" menjadi filem tempatan kelima yang terpilih ke festival filem berprestij itu selain daripada "KIL", "Penanggal", "Bola Kampung The Movie" dan "Vikingdom".
"Pemilihan "Lari" ke Marche du Film bermula apabila wakil dari syarikat pengedaran antarabangsa telah menonton sebahagian filem itu ketika proses suntingan di Bangkok.
"Kemudian wakil syarikat berkenaan berminat untuk mendapatkan hak tayangan di Amerika Utara dan telah menghubungi saya untuk membawa filem ini ke Festival Filem Cannes," kata Ahmad Idham yang ditemui pada majlis pratonton filem "Lari" di TGV Sunway Pyramid, semalam.
Festival Filem Cannes yang bermula pada 15 hingga 24 Mei ini merupakan pasaran filem terbesar di dunia, dimana ia melibatkan sebanyak 10,000 penyertaan, 4,000 filem yang ditayangkan dan hanya 702 filem untuk tayangan perdana yang dipilih dari serata dunia.
"Apabila filem "Lari" dipilih untuk ditayangkan di Cannes, ia telah membuktikan bahawa usaha saya dan rakan-rakan selama ini berbaloi. Kejayaan ini akan dikongsikan bersama peminat dan mereka yang sentiasa menyokong saya selama ini," tambahnya lagi.
"Lari" yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi akan menemui penonton pada 6 Jun nanti di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































