Thursday, 30 May 2013
Robert dan Kristen Putus Lagi
Robert dan Kristen Putus Lagi
Selepas empat tahun bersama, Robert Pattinson dan Kristen Stewart sekali lagi mengakhiri hubungan mereka. Menurut laporan People, pasangan ini yang pernah berpisah pada Disember lalu kerana skandal curang Stewart dengan pengarah Rupert Sanders dilaporkan berpisah kerana sering berhadapan masalah dan kerap bertengkar.
Walaubagaimanapun sumber terdekat merasakan perpisahan ini tidak kekal seperti yang berlaku sebelum ini dan menjangkakan pasangan yang bergandingan dalam siri filem "Twilight Saga" akan kembali bersama.
Pada Isnin lalu, Stewart telah dilihat meninggalkan rumah di Los Feliz, California yang didiaminya bersama Pattinson.
Malah aktres berusia 23 tahun itu telah menghabiskan masa bersama rakannya ketika hari jadi Pattinson yang ke-27 pada 13 Mei lalu, Hubungan pasangan ini mula menjadi keruh selepas gambar gelagat intim Stewart bersama pengarah yang sudah berkahwin itu tersebar.
Selepas kejadian tersebut, Stewart telah memberi permohonan maaf terbuka terutama sekali kepada Pattinson dan isteri Sanders, Liberty Ross.
Walaubagaimanapun pasangan ini telah berbaik semula dan menjalani promosi "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2" bersama, manakala Ross memfailkan perceraian daripada Sanders pada Januari tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































