Masalah rambut beruban ketika usia muda banyak dipengaruhi oleh faktor keturunan. Jika terdapat ahli keluarga sama ada ayah atau ibu yang mengalami rambut beruban ketika muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi.
Gen yang berpengaruh dalam tubuh badan seseorang
itu akan menyebabkan tumbuhnya uban lalu menyebabkan rambut yang hitam bertukar
keputihan. Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan
itu.
Kekurangan vitamin B juga adalah punca kepada
tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting kepada
kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda.
Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan
menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga
dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak
dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan.
Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini,
remaja boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu,
jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B
dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut.
Merokok juga penyebab kepada rambut beruban
dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung
menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.
Stres atau tekanan perasaan juga boleh
menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan,
sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan
itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.
Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan
syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk
kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba
produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.
Apabila pewarna rambut ini kerap digunakan akan
meresap ke dalam pigmen rambut dan menyebabkan uban akan mudah tumbuh dan
jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya
di kemudian hari.
Ada juga remaja kini yang sangat malas untuk
mencuci rambut dan tidak menggunakan syampu. Ada pula sabun badan digunakan
untuk rambut? Bahan yang digunakan dalam sabun mandi dan syampu berbeza dan
sabun tidak sesuai digunakan untuk mencuci rambut. Sila ingat dan faham!
Perkara ini sering terjadi kepada kebanyakan
remaja lelaki yang memang malas menjaga rambut. Apabila rambut beruban, nak
salahkan siapa? Bila tumbuh uban baru menyesal dan kecoh nak buat rawatan
rambut yang menelan belanja yang agak mahal.
Terdapat banyak petua yang boleh remaja gunakan
bagi mengatasi masalah ini. Seperti menggunakan air kelapa tua dan sapukan
perlahan-lahan ke kulit kepala supaya ia meresap kepada kulit dan memberikan
semula pemulihan yang berkesan dengan cepat. Lakukan setiap hari atau tiga kali
seminggu.
Penggunaan inai untuk mewarnakan rambut yang
putih digalakkan kerana produk di luar belum tentu halal dan ada ketikanya
tidak boleh digunakan untuk bersolat.
Remaja di luar janganlah terlalu tertekan kerana
penyembuhan rambut daripada uban ini memerlukan masa untuk pulih, hadapi
masalah ini dengan tenang.
Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang
tubuh melata di rambut, kerana penulis pernah terbaca petua orang tua-tua
dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut kerana uban akan lebih banyak tumbuh.
Lebih menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap
mencabut uban yang gatal.
6 Cara Atasi
Masalah Rambut Beruban Di Usia Muda
1. Mencegah stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman
moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada
pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat
menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya
penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu
dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.
2. Menjaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar
kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau
purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.
3. Corak pemakanan yang sihat
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya
uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya
kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban
pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat
mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.
4. Keperluan zat besi
Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang
tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi
membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur
dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda
mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.
5. Rawatan yang teratur
Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk
mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah
rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut
sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara
teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.
6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!
































